KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menghargai sumbangan para penyelidiknya menerusi penganjuran Majlis Anugerah Penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (APUMS) 2026 yang berlangsung di Hotel Le Méridien, baru-baru ini.
Majlis tahunan itu turut memberi pengiktirafan kepada para penyelidik UMS atas sumbangan mereka dalam aktiviti penyelidikan universitisepanjang tahun 2025,
selain meraikan pencapaian dalam bidang penyelidikan.
Majlis tersebut disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, merangkap Canselor UMS, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman.
Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata penyelidikan merupakan amanah yang berkait rapatdengan tanggungjawab universiti kepada masyarakat.
“Ilmu yang dibangunkan perlu membuka jalan kepadapenyelesaian yang lebih baik, membantu industri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya di Sabah. Hala tuju ini selaras dengan Pelan Strategik UMS 2023–2027, khususnya KRA 3: Translatable Research.
“Aspirasi ini menuntut kita menghubungkan penemuan ilmiahdengan keperluan sebenar. Hasil penyelidikan perlu dapatditerjemahkan kepada teknologi, amalan atau pendekatan yang boleh digunakan oleh pihak yang memerlukannya,” jelasnya.
Tambah Kasim, universiti memerlukan dasar yang jelas sertatadbir urus yang berkesan bagi menyokong pelaksanaanpenyelidikan.
“Dasar perlu memberikan panduan kepada penyelidik, manakala mekanisme pelaksanaannya harus membantumereka menjalankan penyelidikan dengan teratur,” katanya.
Dalam pada itu, majlis tersebut turut menyaksikanpenyampaian pelbagai anugerah sebagai pengiktirafanterhadap pencapaian penyelidik UMS dalam bidang masing-masing.
Anugerah Khas Tun Canselor dianugerahkan kepada ProfesorDr. Suzan Benedick dari Fakulti Pertanian Lestari.
Sementara itu Anugerah Penyelidik Cemerlang PenyelidikMalim (Kategori Sains dan Teknologi) dianugerahkan kepadaProfesor Dr. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri, manakala Profesor Madya Dr. Lim Leong Seng menerimaAnugerah Penyelidik Cemerlang (Kategori Sains dan Teknologi).
Selain itu, Anugerah Penyelidik Cemerlang Penyelidik Muda (Kategori Sains Sosial) dianugerahkan kepada Dr. Tay Kai Xin, manakala Anugerah Penyelidik Cemerlang PenyelidikMuda (Kategori Sains dan Teknologi) diberikan kepada Dr. Lucky Goh Poh Wah.
Dalam pencapaian Malaysia Research Assesment (MyRA)pula, tiga institut penyelidikan UMS iaitu Institut Marin Borneo (IMB), Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) dan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) masing-masing memperoleh penarafan enam bintang.
Sementara itu, pencapaian MyRA lima bintang dirangkul oleh Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPPS), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan(FSMP), Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) serta Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
Turut hadir, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Caesar Mandela Malakun yang mewakili KetuaMenteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor; Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMS, Datuk Norali @ Ag NoraliAg Damit; Profesor Dr. Rasid Mail; Haji Samasuddin Haji Yusop serta Pegawai-pegawai Utama dan Kanan UMS.