SHAH ALAM : Kontinjen Sabah terus menunjukkan prestasi membanggakan pada temasya SUKMA XXII Selangor 2026 apabila melonjak ke kedudukan ketujuh dalam carta pungutan pingat setakat jam 9.40 malam tadi.
Sabah kini mengumpul keseluruhan 15 pingat, terdiri daripada tujuh emas, empat perak dan empat gangsa.
Pencapaian tujuh pingat emas menjadi antara pencapaian utama Sabah setakat ini, hasil persembahan atlet yang terus memberikan saingan dalam acara masing-masing.
Selain atlet, kejayaan tersebut turut mencerminkan komitmen dan kerja keras barisan jurulatih, pegawai serta seluruh pengurusan Kontinjen Sabah yang bersama-sama memastikan persiapan dan perjuangan atlet berada pada tahap terbaik.
Dengan saingan masih berlangsung, Sabah berpeluang untuk terus menambah koleksi pingat dan memperbaiki kedudukan dalam carta keseluruhan.
Momentum peningkatan ke tangga ketujuh itu pastinya menjadi suntikan semangat buat atlet Sabah untuk terus memburu emas dan mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA.
Perjuangan masih belum selesai. Sabah kini terus memburu lebih banyak kejayaan dalam misi membawa pulang kilauan pingat untuk negeri.