PUTATAN: Kejohanan Sukan Jabatan dan AgensiDaerah Putatan menjadi wadah memupuk gaya hidupsihat serta mengukuhkan hubungan silaturahimdalam kalangan penjawat awam.
Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir. Shahelmey Yahyaberkata, penganjuran kejohanan sukan tersebut dapatmenjadi sarana penting bagi memulihkan kesegaranfizikal dan mental warga perkhidmatan awam.
“Program seperti ini dapat menjadi tempat untukmembudayakan amalan gaya hidup sihat, selainmenjadi platform terbaik untuk mengeratkan ukhuwah,silaturahim dan semangat berpasukan antara penjawatawam pelbagai agensi di seluruh Daerah Putatan.
“Hubungan kerjasama yang erat antara jabatandan agensi juga mampu membantu memperkukuhkoordinasi serta meningkatkan keberkesananpenyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
“Apabila hubungan sesama agensi kukuh, koordinasidan penyampaian perkhidmatan kepada rakyatDaerah Putatan pastinya dapat dilaksanakan denganlebih lancar dan berkesan,” katanya ketika berucapmerasmikan Majlis Penutupan dan PenyampaianHadiah Kejohanan Sukan Jabatan dan AgensiDaerah Putatan sempena Hari Sukan Negara2026 di Dewan KOMBES Putatan, pada Jumaat.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat,Shah Alfie Yahya.
Menurut Shahelmey, kejohanan itu turut menyediakanruang kepada penjawat awam untuk menyertaipelbagai acara sukan mengikut minat dankebolehan masing-masing.
“Penganjuran kejohanan ini turut mengetengahkanpermainan tradisional seperti congkak dan karomsebagai usaha memelihara warisan budaya, selainmempelbagaikan aktiviti sukan yang melibatkanpenyertaan warga kerja.
“Antara acara yang dipertandingkan ialah futsal,bola tampar, badminton, pingpong, karom, congkakdan pool yang memberi peluang kepada pesertauntuk menunjukkan kebolehan, strategi sertasemangat kesukanan masing-masing,” ujarnya.
Beliau berharap agar kejohanan seperti ini dapatditeruskan bagi menyemarakkan semangat kesukanandan perpaduan dalam kalangan penjawat awam.
Kejohanan yang berlangsung dari 12 hingga 30Oktober itu disertai 19 jabatan dan agensi kerajaan.
Hadir sama, Pegawai Daerah, Masawi Salleh, wakil Majlis Daerah Putatan, Md Faidhi Md Arifin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Keramat, Latip Jiar.