Sabah di tangga teratas Para SUKMA 2026

SHAH ALAM: Kontinjen Sabah kini berada di tangga teratas carta pungutan pingat Para SUKMA Selangor 2026, setakat jam 10.00 malam, semalam.

Berdasarkan kedudukan semasa, Sabah merekodkan enam pingat emas, enam perak dan enam gangsa, Kedudukan itu menyaksikan Sabah mendahului kontinjen negeri lain dalam pungutan pingat.

Sabah berkongsi jumlah kutipan emas dengan tuan rumah Selangor yang berada di kedudukan kedua dengan 14 pingat, manakala Johor di tempat ketiga dengan sembilan pingat.

Sementara itu, Sarawak dan Terengganu masing-masing mengumpul tujuh pingat, diikuti Perlis dengan enam pingat.

Secara keseluruhan, sebanyak 14 kontinjen negeri dan wilayah persekutuan disenaraikan dalam kedudukan semasa pungutan pingat berkenaan.

Pencapaian tersebut menyaksikan Sabah berada pada kedudukan positif dalam saingan Para SUKMA Selangor 2026, sekali gus membuka peluang untuk terus menambah koleksi pingat pada hari-hari berikutnya.