KOTA BELUD: Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditemukan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tergantung di sebuah bilik di sebuah rumah tidak bernombor di daerah ini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Khairul Shah Peri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.20 petang.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan tergantung di dalam sebuah bilik sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Kota Belud.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk menjalani bedah siasat.
“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Khairul Shah berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Frankie Pain di talian 019-215 1132,” tambahnya.