TERKINI:
“Saya benar-benar bertaubat”… rayuan guru gagal elak hukuman 105 tahun penjara, 70 sebatan Mahkamah

“Saya benar-benar bertaubat”… rayuan guru gagal elak hukuman 105 tahun penjara, 70 sebatan

Remaja lelaki direman empat hari bantu siasatan kes bayi ditinggalkan Mahkamah

Remaja lelaki direman empat hari bantu siasatan kes bayi ditinggalkan

Polis siasat dakwaan gangguan seksual pengarah hospital Tempatan

Polis siasat dakwaan gangguan seksual pengarah hospital

Bayi perempuan ditemukan dalam semak, polis kesan ibu kandung Jenayah

Bayi perempuan ditemukan dalam semak, polis kesan ibu kandung

Lelaki warga asing didakwa edar hampir 75kg, dalam kereta Proton Saga kelabu Mahkamah

Lelaki warga asing didakwa edar hampir 75kg, dalam kereta Proton Saga kelabu

Pak Guard mengaku bersalah amang seksual murid 9 tahun Mahkamah

Pak Guard mengaku bersalah amang seksual murid 9 tahun

GRS nafi dakwaan pertemuan politik, gesa fokus kepada rakyat Politik

GRS nafi dakwaan pertemuan politik, gesa fokus kepada rakyat

Hospital Ranau dinaik taraf, kerajaan perkasa rawatan luar bandar Tempatan

Hospital Ranau dinaik taraf, kerajaan perkasa rawatan luar bandar

Sabah sedia hadapi kemasukan murid enam tahun ke darjah satu 2027 Pendidikan

Sabah sedia hadapi kemasukan murid enam tahun ke darjah satu 2027

Mengamuk tak dapat duit, lelaki positif syabu ditahan Tempatan

Mengamuk tak dapat duit, lelaki positif syabu ditahan

Paling Popular

496 ditahan, RM80 juta barangan dirampas dalam Op Tiris 3.0 – Armizan

Foto: Unit Komunikasi Korporat KPDN

KUDAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 496 individu dan merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai RM80.11 juta dalam Op Tiris 3.0 yang dijalankan antara 1 Jan hingga 28 Ogos lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata sejumlah 29,487 pemeriksaan diadakan di seluruh negara dan sebanyak 2,005 kes direkodkan dalam tempoh yang sama.

Tambahnya, pelaksanaan Op Tiris 3.0 penting dalam usaha mengekang kegiatan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi meliputi bahan api diesel, petrol RON95, minyak masak bungkusan polibeg 1 kilogram, gas petroleum cecair (LPG), tepung gandum dan gula putih bertapis 1 kilogram.

“Kementerian akan terus meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan termasuk memperkasa kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih dan Advokasi Kepenggunaan di sini, hari ini.

Armizan berkata, KPDN bersama PDRM turut berjaya mematahkan sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam serbuan ke atas tiga premis berasingan di Nilai, Negeri Sembilan pada 23 Ogos baru-baru ini.

Tambahnya, sebanyak 180,200 kilogram minyak masak bersubsidi pelbagai jenama telah disita, selain kenderaan dan beberapa dokumen seperti invois jualan dan belian dirampas dalam serbuan tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan dalam operasi itu dianggarkan berjumlah hampir RM500,000,” katanya sambil menambah seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun bersama dua lelaki warga asing ditahan untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal, aktiviti yang disyaki telah didalangi oleh syarikat pemborong minyak masak yang berlesen ini bertujuan menyeleweng dan memindahkan minyak masak bersubsidi bungkusan polibeg 1kg untuk jualan pada harga lebih tinggi daripada harga kawalan selain diseludup ke negara jiran.

Armizan berkata siasatan sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 termasuk bagi mengenal pasti individu atau syarikat lain yang terlibat dalam aktiviti haram ini serta rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi itu.

“KPDN ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian pembekalan dan pengedaran minyak masak bersubsidi polibeg 1kg untuk lebih bertanggungjawab dalam memastikan subsidi ini benar-benar sampai kepada golongan sasar.

Armizan turut memberi peringatan kepada pihak syarikat pembungkus agar tidak lepas tangan dan perlu bertanggungjawab dalam memastikan tidak berlakunya ketirisan.

“Syarikat pembungkus akan turut disiasat sekiranya sesuatu jenama yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan penyeludupan dirampas dalam mana-mana operasi penguatkuasaan.” katanya.

SayangSabah IKUTI
T W