KOTA KINABALU: Yang di-PertuanNegeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman bersama Toh PuannDatin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin serta Ketua Menteri, DatuknSeri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk HajahnJuliah Salag menghadiri Majlis Berbuka Puasa Polis Diraja Malaysia (PDRM)nKontinjen Sabah di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KotanKinabalu, di sini pada Rabu.
nn
Ketua Menteri dan isteri tibanpada jam 5.27 petang, diikuti ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk SerinPanglima (Dr.) Musa Haji Aman dan Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk HajahnFaridah Haji Tussin.
nn
Antara pengisian majlis termasuknbacaan ayat suci al-Quran dan Surah Al-Kahfi, diikuti penyampaian sumbanganndaripada Pusat Zakat Sabah kepada mualaf, balu dan anak yatim PDRM KontinjennSabah. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cendera kenangan, tazkirahnRamadan serta acara berbuka puasa. Tetamu kemudiannya menunaikan solat Maghrib,nsolat Isyak dan solat sunat Tarawih di Surau Fisabilillah, IPD Kota Kinabalu.
nn
Turut hadir ialah Speaker DewannUndangan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M.Yahya, Timbalan KetuanMenteri/Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, MenterinKerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif,nMenteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Rubin Balang, Menteri PembangunannBelia,,Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu BakarnTitingan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Timbalannya, DatuknAbdul Rani Alias serta isteri masing-masing.
