‘Sangka pelanggan, rupanya polis’ – Wanita warga China ditahan selepas tawar khidmat seks RM700

TAWAU: Seorang wanita warga China direman tiga hari bagi membantu siasatan selepas disyaki menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM700 dalam serbuan di sebuah pusat terapi di sini, malam tadi.

Perintah reman selama tiga hari dikeluarkan
Penolong Pendaftar Mahkamah Tawau, Mohd Afiz Huzairi Ayob, yang bertindak sebagai Majistret, selepas membenarkan permohonan dikemukakan pegawai penyiasat Sarjan Mejar Norazizullah Jaapar.

Wanita berusia 31 tahun itu berkenaan disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Berdasarkan keterangan kes yang dikemukakan di mahkamah pagi ini, serbuan dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira jam 10.05 malam tadi.

Operasi itu dijalankan selepas seorang anggota polis yang menyamar sebagai pelanggan memasuki sebuah bilik di premis berkenaan sebelum wanita terbabit didakwa menawarkan khidmat seks dengan bayaran RM700 bagi sekali perkhidmatan.

Polis kemudian menahan wanita itu selepas bayaran berkenaan diserahkan dan persetujuan dicapai.

Pemeriksaan di bilik berkenaan turut membawa kepada rampasan wang tunai RM700, sekeping kondom terpakai, plastik pembungkus kondom serta sebuah telefon bimbit milik wanita berkenaan.