Ais membeku di Panalaban, suhu Gunung Kinabalu menjunam

 

RANAU: Fenomena pembekuan aisnkembali berlaku di kawasan Panalaban, Gunung Kinabalu susulan penurunan suhunketara akibat cuaca kering dan kelembapan udara yang rendah sepanjang minggunini.

nn

Kejadian yang direkodkan dinSubstesen Panalaban pada ketinggian kira-kira 3,272 meter dari aras laut itunmenyaksikan pembentukan ais pada permukaan tumbuhan serta sekitar kawasan ‘basencamp’, sekali gus mewujudkan suasana sejuk luar biasa di lokasi tumpuannpendaki.

nn

Menurut kenyataan Taman-TamannSabah (TTS), keadaan cuaca cerah tetapi kering mempercepatkan kehilangan habanpada waktu malam hingga awal pagi, menyebabkan suhu di altitud tinggi menjunamndan menghasilkan fenomena pembekuan ais secara semula jadi.

nn

“Fenomena ini bagaimanapun bukannsesuatu yang luar biasa kerana ia lazim berlaku secara berkala di kawasannaltitud tinggi Gunung Kinabalu, terutama ketika kombinasi suhu rendah, cuacankering dan langit cerah,” menurut kenyataan itu.

nn

Sehubungan itu, katanya, semuanpendaki, malim gunung, porter serta petugas di Panalaban diingatkan supayansentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca semasa.

nn

“Langkah yang disarankan termasuknmemakai pakaian bersesuaian untuk cuaca sejuk, memastikan tubuh kekal terhidratnserta mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak TTS,”nkatanya.

nn

Dalam masa sama, pihak pengurusanntaman memaklumkan pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikannkeselamatan pengunjung dan petugas sentiasa terjamin, khususnya dalam keadaanncuaca tidak menentu di kawasan altitud tinggi.