TERKINI:
Dua lelaki ditahan kurang enam jam selepas kes bunuh di Putatan Jenayah

Dua lelaki ditahan kurang enam jam selepas kes bunuh di Putatan

Sudah berpuluh tahun diberi peluang, kerajaan tetap teruskan perobohan setinggan – Hajiji Tempatan

Sudah berpuluh tahun diberi peluang, kerajaan tetap teruskan perobohan setinggan – Hajiji

Empat remaja perempuan hilang dalam kejadian berasingan di Kota Kinabalu Tempatan

Empat remaja perempuan hilang dalam kejadian berasingan di Kota Kinabalu

Sabah perkukuh kesiapsiagaan bencana menerusi rangkaian radio amatur Tempatan

Sabah perkukuh kesiapsiagaan bencana menerusi rangkaian radio amatur

Lelaki warga emas maut digilis kereta api ketika guna troli kayu di Tenom Tempatan

Lelaki warga emas maut digilis kereta api ketika guna troli kayu di Tenom

Tujuh daerah di Sabah terjejas gangguan elektrik Tempatan

Tujuh daerah di Sabah terjejas gangguan elektrik

Lelaki Filipina disyaki samun berkumpulan dicekup di Sandakan Jenayah

Lelaki Filipina disyaki samun berkumpulan dicekup di Sandakan

Promoter sambilan mengaku tidak bersalah perdagang tiga pemuda Tawau untuk kerja paksa di Kemboja Jenayah

Promoter sambilan mengaku tidak bersalah perdagang tiga pemuda Tawau untuk kerja paksa di Kemboja

‘Pandangan peribadi tidak penting, hala tuju dan kerjasama politik diputuskan secara kolektif oleh MT GRS’ – Armizan Politik

‘Pandangan peribadi tidak penting, hala tuju dan kerjasama politik diputuskan secara kolektif oleh MT GRS’ – Armizan

Sabah perkukuh kerjasama pertanian dan import makanan dengan Brazil Semasa

Sabah perkukuh kerjasama pertanian dan import makanan dengan Brazil

Paling Popular

496 ditahan, RM80 juta barangan dirampas dalam Op Tiris 3.0 – Armizan

Foto: Unit Komunikasi Korporat KPDN

KUDAT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 496 individu dan merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai RM80.11 juta dalam Op Tiris 3.0 yang dijalankan antara 1 Jan hingga 28 Ogos lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata sejumlah 29,487 pemeriksaan diadakan di seluruh negara dan sebanyak 2,005 kes direkodkan dalam tempoh yang sama.

Tambahnya, pelaksanaan Op Tiris 3.0 penting dalam usaha mengekang kegiatan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi meliputi bahan api diesel, petrol RON95, minyak masak bungkusan polibeg 1 kilogram, gas petroleum cecair (LPG), tepung gandum dan gula putih bertapis 1 kilogram.

“Kementerian akan terus meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan termasuk memperkasa kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih dan Advokasi Kepenggunaan di sini, hari ini.

Armizan berkata, KPDN bersama PDRM turut berjaya mematahkan sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi dalam serbuan ke atas tiga premis berasingan di Nilai, Negeri Sembilan pada 23 Ogos baru-baru ini.

Tambahnya, sebanyak 180,200 kilogram minyak masak bersubsidi pelbagai jenama telah disita, selain kenderaan dan beberapa dokumen seperti invois jualan dan belian dirampas dalam serbuan tersebut.

“Nilai keseluruhan rampasan dalam operasi itu dianggarkan berjumlah hampir RM500,000,” katanya sambil menambah seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun bersama dua lelaki warga asing ditahan untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal, aktiviti yang disyaki telah didalangi oleh syarikat pemborong minyak masak yang berlesen ini bertujuan menyeleweng dan memindahkan minyak masak bersubsidi bungkusan polibeg 1kg untuk jualan pada harga lebih tinggi daripada harga kawalan selain diseludup ke negara jiran.

Armizan berkata siasatan sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 termasuk bagi mengenal pasti individu atau syarikat lain yang terlibat dalam aktiviti haram ini serta rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi itu.

“KPDN ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam rantaian pembekalan dan pengedaran minyak masak bersubsidi polibeg 1kg untuk lebih bertanggungjawab dalam memastikan subsidi ini benar-benar sampai kepada golongan sasar.

Armizan turut memberi peringatan kepada pihak syarikat pembungkus agar tidak lepas tangan dan perlu bertanggungjawab dalam memastikan tidak berlakunya ketirisan.

“Syarikat pembungkus akan turut disiasat sekiranya sesuatu jenama yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan penyeludupan dirampas dalam mana-mana operasi penguatkuasaan.” katanya.

SayangSabah IKUTI
T ◎ W