| Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika melawat mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas di Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Bencana di Dewan Serbaguna Likas pada Isnin. |
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersama jabatan kerajaan dan Dewan Bandaraya KotanKinabalu (DBKK) akan mengadakan perbincangan lanjut bagi membantu mangsankebakaran di Kampung Cempaka, Likas, pada 1 Mac lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata sebagai kerajaan yangnprihatin dan peduli rakyat, nasib mangsa-mangsa kebakaran ini akan diberi perhatian,nterutama pada bulan puasa ini.n
“Hari ini saya berkesempatan melawat mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas.nKita amat prihatin dan sebagai kerajaan peduli rakyat kita telah memberi bantuan kewangannsebanyak RM1,300 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran iaitu sebanyaknRM1,000 daripadanya adalah dari kerajaan negeri manakala RM300 lagi dari KumpulannYayasan Sabah.
“Kita berusaha memikirkan nasib mangsa-mangsa kebakaran ini dan kita faham terutamanpada bulan puasa ini, mengenai ketidakselesaan dan kesusahan mereka. Sebab itu,nkerajaan bersama pihak yang berkaitan akan berusaha mencari jalan yang terbaik untuknmembantu mereka seterusnya.
“Selain bantuan kewangan, kerajaan turut memberi pelbagai bantuan lain seperti bantuanngas dan dapur dari Yayasan Kebajikan Sabah dan bakul makanan dari Kumpulan YayasannSabah,” katanya selepas melawat mangsa-mangsa kebakaran Kg. Cempaka, Likas, dinDewan Serbaguna Likas, pada Isnin.
Dalam kejadian pada awal pagi Sabtu lalu, seramai 511 orang mangsa daripada 91nkeluarga kehilangan tempat tinggal semasa kejadian kebakaran di Kampung Cempaka,nLikas pada 1 Mac 2025.
Sementara itu, sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka untuknmenempatkan mangsa kebakaran iaitu di PPS Likas yang menempatkan seramai 34 KIRnmembabitkan 200 penduduk manakala PPS Damai seramai 57 KIR dan 311 penduduk.
Pelbaga lagi pihak turut membantu memberi bantuan makanan antaranya Unit PemimpinnPembangunan Masyarakat (UPPM). Mangsa kebakaran juga telah menerima bantuan awalnsebaik sahaja berdaftar di PPS iaitu bantuan bakul makanan oleh Angkatan PertahanannAwam Malaysia, pek makanan retort dan makan minum daripada Jabatan PerkhidmatannKebajikan Am.