KOTA KINABALU: Sabah berada di landasan tepat untuk menjadi Hab Perikanan LautnDalam terunggul di rantau ini susulan pelbagai kelebihan strategik yang dimilikinya, katanKetua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Menurutnya, negeri ini bukan sahaja berada di laluan migrasi tuna antarabangsa,nbahkan turut memiliki pelabuhan semula jadi yang terlindung dan berdekatan dengannnegara pengeluar utama seperti Indonesia, Filipina dan Papua New Guinea.
“Kita memiliki segala prasyarat – dari segi lokasi, sumber, infrastruktur dan sokonganndasar – untuk memacu Sabah sebagai pusat pendaratan, pemprosesan dannpengeksportan hasil laut dalam berpiawaian antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyaksikan Majlis Menandatangani MemorandumnPersefahaman (MoU) antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan PetconTrading Labuan Company Ltd serta Memorandum Perjanjian (MoA) antara DBKK dannAlpha Ocean Resources Berhad (AORB), di Pacific Sutera Harbour pada Rabu.
Katanya, menerusi MoA itu, AORB akan melabur RM360 juta bagi membangunkannsebuah Pelabuhan Bertaraf Kesatuan Eropah (EU) khusus untuk pendaratan ikan tunandan hasil laut dalam di Kota Kinabalu.
Menurutnya, projek itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dan akan mewujudkannlebih 1,000 peluang pekerjaan merentasi rantaian nilai industri.
“Pelabuhan ini akan mematuhi piawaian ketat EU termasuk Hazard Analysis and CriticalnControl Points (HACCP), sistem kebolehjejakan, pemantauan Illegal, Unreported andnUnregulated (IUU) dan keselamatan makanan menyeluruh.
“Dengan kemudahan ini, kita boleh tembusi pasaran eksport premium yang selama ininterbatas akibat ketiadaan fasiliti yang sesuai,” tegas Hajiji.
Beliau berkata, penyertaan Malaysia dalam Western & Central Pacific FisheriesnCommission (WCPFC) bakal membolehkan pelabuhan baharu ini menjadi pusatnpendaratan sah bagi kapal penangkap ikan berdaftar dari serata dunia.
“Dengan unjuran 1,000 kapal setahun, masing-masing membawa purata 50 tanntangkapan, Sabah berpotensi mendaratkan 50,000 tan tuna setahun dan menjana nilainekonomi sehingga RM1.8 bilion,” katanya.
Menurutnya, manfaat ekonomi bukan sekadar terhad kepada hasil tangkapan, malahnmeluas kepada pelbagai sektor sokongan seperti pembekalan ais, perkhidmatannbunkering, F&B dan perkhidmatan teknikal.
Dalam masa yang sama, Hajiji menegaskan bahawa pembangunan industri ini tidaknakan mengabaikan kebajikan komuniti nelayan tempatan. Model pembangunan inklusifnakan memastikan penglibatan nelayan pesisir dalam komponen hiliran bernilai tambah.
“Kita akan terus menekankan tadbir urus “environmental, social & governance” (ESG)nyang mampan – menjaga alam sekitar, masyarakat dan urus tadbir – deminkelangsungan ekosistem marin serta kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya.
Dalam majlis sama, DBKK turut memeterai MoU dengan Petco Trading LabuannCompany Ltd bagi membangunkan kompleks tenaga biogas di tapak pelupusan sampahnKayu Madang. Projek itu bakal menukar gas metana daripada sisa pepejal kepadantenaga elektrik hijau sebanyak 2 Megawatt.
“Tenaga ini akan memberi manfaat langsung kepada sektor pembuatan di TamannPerindustrian Kota Kinabalu (KKIP). Ini contoh terbaik pendekatan ekonomi pekeliling –nsisa satu sektor menjadi sumber tenaga bagi sektor lain,” ujarnya.
Hajiji berkata, kedua-dua inisiatif ini selaras dengan agenda Ekonomi Biru Sabah yangnmenekankan pembangunan mampan, nilai tambah industri perikanan serta peralihannkepada tenaga bersih.
“Kejayaan menarik pelaburan ini membuktikan keyakinan tinggi pelabur terhadapnprospek ekonomi Sabah. Saya yakin sinergi antara DBKK, sektor swasta dan kerajaannnegeri akan mempercepat pertumbuhan ekonomi dan mencipta lebih banyak peluangnpekerjaan untuk rakyat,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada DBKK atas usaha berterusan memacunpembangunan bandar raya dan kepada kedua-dua syarikat terbabit yang memilih Sabahnsebagai destinasi pelaburan strategik mereka.
