Pesta Selera KK lebih inklusif, ruang niaga anak muda

 

KOTA KINABALU: Pesta Selera Kota Kinabalu yang sebelum inindikenali sebagai Pesta Makan-Makan kembali memeriahkan bandar raya ini dengannpendekatan lebih inklusif dan tersusun, sekali gus menjadi tarikan kepadanpenduduk setempat serta pelancong tempatan dan antarabangsa.

nn

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Dr Sabin Samitahnberkata, penganjuran pesta berkenaan bukan sekadar festival makanan, sebaliknyanplatform untuk menghidupkan suasana bandar terutama pada waktu malam dalamnpersekitaran yang selamat, bersih dan mesra pengunjung.

nn

“Program ini bukan sekadar datang makan. Pengunjung bolehnmenikmati hiburan muzik, suasana santai dan merasai sendiri vibransi KotanKinabalu sebagai bandar yang hidup,” katanya ketika ditemui pada majlisnpelancaran Pesta Selera Kota Kinabalu, semalam.

nn

Menurutnya, penganjuran tahun ini tampil lebih menarikndengan pengenalan lima zon utama iaitu Zon Western, Zon Artisan, Zon MakanannViral, Zon Berbahan serta Zon Khas Muda-Mudi bagi memenuhi citarasa pelbagainlapisan masyarakat.

nn

“Kita mahu pesta ini inklusif, bukan hanya untuk golongannmuda, tetapi juga keluarga dan pelancong.

nn

“Setiap zon ada identiti tersendiri supaya pengunjungnboleh memilih pengalaman yang mereka mahukan,” katanya.

nn

Katanya, sebanyak 92 gerai disediakan merangkumi keseluruhannzon, sekali gus membuka peluang kepada peniaga kecil dan anak muda untuknmenjana pendapatan tambahan serta mengembangkan perniagaan.

nn

Beliau berkata, pihaknya turut merancang agar penganjurannseumpama ini dapat diadakan secara berkala, mungkin sehingga dua kali sebulan,nbergantung kepada sambutan dan kesesuaian.

nn

Mengulas persiapan menjelang Ramadan, Dr Sabin memaklumkannkawasan lot Ramadan tahun ini akan diperluaskan berbanding sebelum ini, kecualinPadang Merdeka yang tidak digunakan, bagi memastikan aliran pengunjung lebihnselesa dan teratur.

nn

Dalam pada itu, beliau menegaskan semua permohonan lot niaganperlu dibuat menerusi aplikasi GoNet dengan syarat satu kad pengenalan dirin(IC) dan satu peranti bagi setiap pemohon.

nn

“Langkah ini bagi memastikan proses pengagihan lot lebihnadil dan telus, selain mengelakkan penglibatan orang tengah atau ‘cable’.

nn

“Jika didapati lot tidak diusahakan pemilik sebenar,ntindakan akan diambil,” katanya.

nn

Beliau turut mengalu-alukan cadangan daripada orang ramainuntuk menambah baik penganjuran akan datang melalui WhatsApp, e-mel ataunsaluran aduan rasmi sebelum permohonan lot dibuka minggu hadapan.