Syarikat Sabah perlu tingkat pematuhan standard global – Ewon

 

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III merangkap MenterinPembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedicknmenggesa agar lebih banyak syarikat di negeri ini meningkatkan pematuhannterhadap piawaian antarabangsa.

nn

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan produkndan perkhidmatan syarikat tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa sertanbersaing di peringkat global.

nn

Menurutnya, berdasarkan data Malaysia External TradednDevelopment Corporation (MATRADE) Singapura, setakat Disember 2025, hanya 261nsyarikat dari Sabah daripada 12,742 syarikat perusahaan Malaysia berdaftarndengan MATRADE.

nn

“Ini menunjukkan ada keperluan kita untuk melipatgandakannusaha bagi memastikan lebih banyak produk dan perkhidmatan syarikat tempatanndibangunkan supaya memenuhi kehendak serta piawaian pasaran antarabangsa.

nn

“Antara fokus besar saya di kementerian ini ialahnmembangunkan standard dan kualiti produk serta perkhidmatan usahawan tempatannSabah.

nn

“Dengan pematuhan kepada piawaian antarabangsa sepertinpensijilan Halal, MESTI dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),nsyarikat tempatan akan lebih bersedia menembusi pasaran luar negara,” katanya.

nn

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepasnmenyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Industri Sabah (AKIS), di sini,nsemalam.

nn

Ewon berkata, kementeriannya akan terus menyokong keperluannusahawan dan syarikat tempatan melalui penyediaan dasar serta inisiatif yangnbersesuaian, termasuk memastikan sokongan diperlukan diberikan bagi membawanproduk dan perkhidmatan ke pasaran antarabangsa.

nn

“Dari segi pembungkusan, kita akan mengikhtiarkannpembangunan keperluan ini kerana ia amat penting untuk membawa produk usahawanntempatan ke pasaran antarabangsa. Ini merupakan sebahagian daripada fokus besarnsaya bermula dengan pengiktirafan pada malam ini,” katanya.

nn

Beliau berkata, hasil pemerhatiannya menunjukkan perbezaannketara antara pembungkusan produk sebelum dan selepas menerima bimbinganndaripada kementerian.

nn

“Maklum balas peserta program menunjukkan jualan merekanmeningkat selepas pembungkusan produk ditambah baik kerana ia lebih menarik dannmemenuhi kehendak pengguna.

nn

“Pembungkusan memainkan peranan besar dalam mempengaruhinkeputusan pengguna. Oleh itu, elemen ini akan terus menjadi antara program yangnditeruskan oleh kementerian supaya usahawan Sabah terus mendapat manfaat,”nkatanya.

nn

Ewon berkata, program bimbingan yang dilaksanakan turutnbertujuan meningkatkan kesedaran usahawan untuk memiliki pensijilan pentingnseperti Halal dan ESG, yang merupakan komponen utama bagi menembusi pasarannantarabangsa. 

nn

“Ini adalah faktor besar yang mempengaruhi keyakinannpengguna di luar negara, di samping membantu usahawan meningkatkan kesedarannuntuk mendapatkan pensijilan yang diperlukan,” katanya.

nn

Beliau berkata, selaras dengan Wawasan Sabah First,npenskalaan perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) merupakan antara fokusnutamanya di kementerian, bermula dengan peningkatan keupayaan dan kapasitinpengeluaran serta pemerkasaan kualiti dan standard produk serta perkhidmatan.

nn

“Saya ingin melihat lebih banyak syarikat dari Sabah,ntermasuk syarikat pemula, dibangunkan dan mampu menghasilkan produk ataunperkhidmatan yang memenuhi standard pasaran antarabangsa, termasuk pasaran dinSingapura,” katanya.

nn

Mengenai AKIS, Ewon berharap pengiktirafan itu menjadinpemangkin semangat kepada penerima anugerah dan syarikat lain untuk terusnmelangkah ke hadapan, mengekalkan prestasi cemerlang, memperkukuh inovasi sertanmenjadi peneraju industri yang mampu bersaing di peringkat global.

nn

“Semoga anugerah ini menjadi inspirasi untuk mencapainprestasi lebih tinggi ke arah merealisasikan aspirasi Sabah sebagai sebuahnnegeri perindustrian menjelang tahun 2040,” katanya.