SANDAKAN : Masjid UniversitinMalaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan bernilai RM5 juta kini menjadi mercu tandanbaharu daerah ini dan menjadi satu lagi pencapaian penting pembangunan HabnPendidikan di Batu 10, Sungai Batang.
nn
Pengerusi Lembaga Pengarah UMS,nDatuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata, masjid yang mampu menampungnsehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa itu dibina hasil kerjasama eratnantara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan UMS.
nn
”Ini dapat dilihat sebagai suatunpeluang kerjasama antara UMS dan kerajaan negeri dari segi perkongsian ilmunpengetahuan, pemindahan kepakaran, memperkukuhkan aktiviti penyelidikan dannkhidmat sosial yang lain yang pada akhirnya akan membawa manfaat kepada seluruhnrakyat Negeri Sabah khususnya penduduk Sandakan.
nn
“Perkembangan ini adalahnsignifikan dan tepat pada masanya memandangkan Pusat Islam Sandakan yangndimiliki oleh Kerajaan Negeri turut dibina di Kampung Sungai Kayu,”nkatanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian Masjid UMS Sandakanndan Iftar Perdana UMS 2026, pada Selasa.
nn
Perasmian masjid tersebutndisempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman merangkapnCanselor UMS.
nn
Menurut Rahman lagi, UMS melaluinPusat Islamnya juga dilantik sebagai Ejen Pungutan dan Agihan Zakat bagi MajlisnUgama Islam Sabah.
nn
“Pelantikan ini memberikannmanfaat yang amat besar kepada warga UMS tidak kira golongan pelajar mahupunnkakitangan melalui pemberian pelbagai bantuan seperti elaun sara hidup,npenyelesaian yuran pengajian, bantuan Ramadan, Aidilfitri dan sebagainya,”nujarnya.
nn
Hadir sama,Timbalan KetuanSetiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Megat Sany MegatnAhmad Sulian; Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manila, Hazem Mubarak Tun Musandan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar.
