KOTA BELUD: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menyertai Latihan Menembak Kompetensi Divisyen Kelima Infantri Malaysia di Lapang Sasar Kem Paradise, di sini pada Khamis.
Menurut Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor Jaafar, latihan itu bertujuan memberikan pendedahan kepada Tun Musa mengenai peranan, tahap kesiapsiagaan serta keupayaan aset pertahanan yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendukung usaha memperkukuh pertahanan dan keselamatan, khususnya di negeri Sabah.
Beliau turut memaklumkan pelaksanaan latihan yang dilaksanakan juga menjadi platform bagi mempertingkatkan kompetensi, kemahiran pengendalian persenjataan serta tahap kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Hadir sama, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, Pegawai Daerah, Peter Jiton serta Panglima-panglima Formasi di bawah Naungan 5 Divisyen.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)