Masyarakat Putatan Diseru Jadi ‘Rakan Lestari’ Jaga Kemudahan Awam

 

PUTATAN : Masyarakat Putatanndiseru untuk memikul tanggungjawab sebagai “Rakan Lestari” dalam usahanmemelihara kebersihan, kehijauan, serta menjaga kemudahan awam daripada gejalanvandalisme demi kesejahteraan komuniti setempat.

nn

Pegawai Daerah, Masawi Sallehnberkata, penganjuran Program Rakan Lestari 2026 bukan sekadar bertujuannmengindahkan kawasan taman permainan, malah menjadi platform penting baginmenyemai kesedaran mendalam mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.

nn

“Inisiatif ini merupakannlangkah strategik bagi menyokong aspirasi Kementerian Kerajaan Tempatan dannPerumahan Sabah ke arah mewujudkan masyarakat rendah karbon menerusinpembentukan komuniti hijau.

nn

“Program ini juga berperanannsebagai medium untuk memperkukuh kerjasama komuniti setempat melalui aktivitinkemasyarakatan seperti gotong-royong, pengindahan kawasan, serta aktivitinrekreasi yang memfokuskan kepada persekitaran yang bersih dan kondusif,”nkatanya ketika merasmikan program tersebut di Taman Permainan Taman TeluknVilla, di sini hari ini.

nn

Masawi yang juga Pengerusi MajlisnDaerah Putatan memberi amaran tegas terhadap perbuatan vandalisme yang bukannsahaja mencacatkan pemandangan, malah merugikan pihak berkuasa serta penduduknsetempat.

nn

“Taman permainan merupakannlokasi tumpuan komuniti, khususnya golongan kanak-kanak dan keluarga. Justeru,nkemudahan rekreasi ini perlu dipelihara sebaik mungkin agar ia sentiasa dalamnkeadaan bersih, selamat, dan selesa untuk digunakan,” tegasnya.

nn

Dalam pada itu, beliau turutnmenggalakkan warga Putatan untuk menyokong kempen “Zero Plastic Bag” dengannmengurangkan penggunaan plastik sekali guna, di samping membudayakan penggunaannbeg guna semula serta amalan kitar semula bagi kelestarian jangka panjang.

nn

Beliau menambah, kejayaan dalamnusaha memelihara alam sekitar memerlukan komitmen kolektif daripada pelbagainpihak, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), dannkomuniti setempat.

nn

Masawi berharap program berkenaanndapat diteruskan serta diperluaskan ke kawasan perumahan lain bagi memastikannlebih ramai penduduk dapat bersama-sama memupuk budaya hidup yang bersih,nhijau, dan harmoni.

nn

Turut hadir, Ketua PegawainPerkhidmatan Korporat Sabah Electricity, Junainah Abbie; Pengerusi KawasannRukun Tetangga (KRT) Taman Teluk Villa, Malai Mansor Malai Kassim; sertanJurutera Majlis Daerah Putatan, Goh Wang Siang.