KENINGAU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Keningau, pada jam 9.31 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi itu berpusat pada koordinat 5.3° Utara dan 116.1° Timur, kira-kira 10 kilometer (km) di barat Keningau.
Menurutnya, gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km.
“Gegaran dilaporkan dirasai di Keningau dan kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
MetMalaysia berkata pihaknya akan terus memantau perkembangan susulan kejadian berkenaan.
Orang ramai dinasihatkan supaya kekal tenang dan mendapatkan maklumat terkini menerusi saluran rasmi MetMalaysia.
“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambahnya.