90 premis sertai pertandingan kebersihan di Putatan

PUTATAN: Kira-kira 90 premis makanan di daerah inimenyertai Pertandingan Kebersihan dan KeceriaanPremis Makanan Peringkat Daerah Putatan yangberlangsung pada 27 dan 28 Oktober lepas.

Pertandingan anjuran Majlis Daerah Putatan (MDPTN)itu bertujuan meningkatkan kesedaran pengusahamengenai kepentingan memastikan premis makanansentiasa bersih, selamat dan selesa untuk pelanggan.

Penilaian dilaksanakan dengan kerjasama pelbagaiagensi dan jabatan kerajaan serta Ahli MajlisDaerah Putatan yang turut bertindak sebagaipanel juri bagi menilai tahap kebersihan dankeceriaan premis yang mengambil bahagian.

Pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategoriiaitu Premis Makanan Berhawa Dingin dan PremisMakanan Terbuka.

Richiamo Coffee muncul sebagai pemenangbagi kategori Premis Makanan Berhawa Dingin,manakala Abang Long Café memenangi kategoriPremis Makanan Terbuka.

Penyampaian hadiah kepada pemenangdisempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahyapada Majlis Penutupan dan Penyampaian HadiahKejohanan Sukan Jabatan dan Agensi DaerahPutatan sempena Hari Sukan Negara (HSN)2026 di Dewan KOMBES Putatan, pada Jumaat.

Pertandingan itu turut menggalakkan persaingansihat dalam kalangan pengusaha premis makanan,khususnya dalam mengekalkan amalan kebersihandi kawasan penyediaan makanan, ruang makan sertakemudahan yang disediakan kepada pelanggan.