KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah atas kesalahan menghina mahkamah berhubung kenyataannya berkaitan prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Menurut laporan Daily Express, keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada Rabu selepas Ahli Parlimen Semporna berkenaan disabitkan atas pertuduhan menghina mahkamah.
Hukuman tersebut berkuat kuasa bermula Rabu ini.
Bagaimanapun, permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman yang dikemukakan oleh Shafie diluluskan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan berkenaan di Mahkamah Tinggi.
Terdahulu, Shafie telah membuat satu kenyataan berhubung inkues kematian Zara Qairina Mahathir mencetuskan tindakan undang-undang atas alasan menghina proses mahkamah.