Sabah rangkul emas Boling Padang Men Triples

KLANG : Kontinjen Sabah menambah koleksi pingat emas selepas menewaskan Selangor 17-13 dalam acara Boling Padang Men Triples pada Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, semalam.

Aksi final yang berlangsung di Stadium Bayuemas Indoor Bowls itu menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing sengit untuk merebut gelaran juara.

Bagaimanapun, Sabah tampil lebih konsisten dalam mengumpul mata sebelum mengesahkan kemenangan dengan kelebihan empat mata.

Gandingan Aiman, Azami dan Elldy menjadi taruhan Sabah dalam aksi tersebut dan berjaya menamatkan saingan sebagai juara.

Kejayaan itu turut cukup bermakna apabila Sabah berjaya menundukkan Selangor yang beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Emas berkenaan sekali gus menyumbang tambahan penting kepada Kontinjen Negeri Sabah dalam misi memperkukuhkan kutipan pingat pada temasya SUKMA XXII.

Kejayaan skuad berkenaan, tidak terlepas daripada peranan Firdaus selaku pengurus pasukan dan jurulatih bersama seluruh barisan pasukan yang memastikan persiapan serta cabaran Sabah berlangsung dengan baik.

Kemenangan dalam acara Men Triples itu sekali lagi membuktikan kemampuan atlet Sabah untuk bersaing di pentas tertinggi SUKMA dan terus membawa pulang kejayaan buat negeri.