KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menerima naskhah akhbar tempatan Kinabalu Media, terbitan Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS), yang disampaikan oleh Pengerusinya, Datuk Dr. Saat Ag Damit, di pejabatnya di sini.
Masidi merakamkan penghargaan kepada KOPEKS atas pertemuan tersebut serta usaha menerbitkan
Kinabalu Media sebagai medium penyampaian maklumat berkaitan dasar dan inisiatif Kerajaan
Negeri kepada rakyat Sabah.
Sementara itu, Saat turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Masidi atas cadangan dan
nasihat yang diberikan bagi mendukung perkembangan serta perancangan pembangunan KOPEKS.
KOPEKS turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas sokongan yang amat
bermakna dalam membantu koperasi berkenaan memperkukuh peranannya demi kesejahteraan
anggota.