Masidi hargai komitmen Pesuruhjaya Polis Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, di pejabatnya.

Dalam kunjungan tersebut, Masidi yang juga Menteri Kewangan menzahirkan penghargaan atas kunjungan dan komitmen Jauteh sepanjang menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

Sementara itu, Jauteh turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah atas kerjasama serta bantuan yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah dalam memperkukuh pelaksanaan tugas dan tanggungjawab kepolisan di negeri ini.