300 ahli Warisan keluar parti, sertai Gagasan Rakyat Darau

KOTA KINABALU: Gelombang sokongannterhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin ketara apabila seramai 300 ahlinParti Warisan membuat penghijrahan untuk menyertai Gagasan Rakyat di DewannUndangan Negeri (DUN) Darau.

Keputusan itu diketuai bekas AhlinJawatankuasa Bahagian Warisan Sepanggar, Sabar Dasad.

Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, DatuknRazali Razi menegaskan keputusan Sabar itu dibuat bagi melaksanakan perubahanndemi kepentingan komuniti serta masa depan kawasan Darau.

Detik penuh emosi ketika Razali (kiri) dan Sabar (kanan) saling berpelukan sebagai tanda sokongan dan penghargaan

“Sabar telah bersama Warisan selamansembilan tahun. Daripada bahasa badan dan ekspressi wajahnya, kita dapat lihatnkeikhlasan beliau.

“Keputusan ini bukan mudah, tetapi iandibuat atas kesedaran bahawa perubahan mesti berlaku,” katanya pada SidangnMedia selepas Program Santai Rakyat di Jalan Kalansanan, pada Selasa malam.

Beliau berkata, sokongan Darau terhadapnGagasan Rakyat kini semakin kukuh apabila angka penyertaan pada malam itunmenunjukkan rakyat mahukan hala tuju baharu.

“Selama lima tahun, banyak pihak tidaknberkhidmat kepada warga Darau. Mereka mahukan perubahan, dan perubahan itunhanya boleh dilakukan jika kita berada dalam sistem. GRS kini menjadi penggeraknkepada rakyat Darau,”jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turutnmenjelaskan fokus utama manifesto bagi Darau, antaranya adalah menaik tarafnKlinik Kesihatan Likas.

“Klinik Kesihatan Likas semakin kecil.nJadi, apa yang kita rancang ialah melaksanakan satu pertukaran tanah (landnswap)supaya klinik itu dapat dipindahkan ke tapak yang lebih besar,”tambahnya.

Kemasukan besar-besaran 300 ahlinWarisan itu dilihat sebagai lonjakan sokongan kepada Gagasan Rakyat di kawasannitu, sekaligus memperkukuhkan momentum parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU)nSabah nanti.