TAWAU: Ketua Pegawai Eksekutif EasternnSabah Security Command (ESSCOM), Datuk Dr. Jamaluddin Mohd Ali bersamanrombongan melawat Pusat Media Tawau, Pilihan Raya Umum Dewan Undangan SabahnKe-17, pada Khamis.
nn
Ketibaan beliau disambut oleh PenolongnSetiausaha Cawangan Hubungan Media, Bahagian Komunikasi Strategik KementeriannKomunikasi merangkap Penyelaras Pusat Media Tawau, Hikal Aripin serta petugasnpusat media yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Penerangan (JaPen) Sabahndan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
nn
Dalam rangka lawatan tersebut,nJamaluddin berpeluang mendengar taklimat berkaitan pusat media yang disampaikannoleh Hikal antaranya berkaitan dengan objektif penubuhan, skop dan fungsi,nlokasi tiga pusat media di Sabah, bilangan petugas serta jumlah pengundi dinbahagian Tawau mengikut pecahan umur.
