Tun Musa berangkat ke Kota Belud

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berangkat ke Kota Belud bagi menghadiri Latihan Menembak Kompetensi Divisyen Kelima Infantri, pada Khamis.

Beliau berlepas dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal 2 pada jam 7:45 pagi dengan menaiki helikopter milik Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia diiringi oleh Panglima 5 Divisyen Mejar, Jeneral Shamshor Jaafar.

Sebelum berlepas, Mufti Kerajaan, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar memimpin bacaan doa seterusnya Tun Musa menerima taklimat ringkas daripada juruterbang mengenai perjalanan ke Kota Belud.

Turut mengiringi keberangkatan Tun Musa, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Sabin Samitah.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)