“Kita Bawa Idea, Bukan Kebencian” – Razali Tekankan Modal Politik Baru

 

KOTA KINABALU: “Kita bawa idea,nbukan kebencian.” Itu penegasan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) DUN Darau,nDatuk Mohamed Razali Razi@Bob yang meletakkan pendekatan politik baru sebagainteras kempen beliau, iaitu politik yang menawarkan solusi, data dannperancangan, bukan sentimen perpecahan.

nn

Menurutnya, politik masa kininmemerlukan kaedah penyelesaian yang lebih tersusun dan inklusif, terutamanmelibatkan komuniti di peringkat kampung serta taman perumahan.

nn

Sehubungan itu, beliau menekankannpenubuhan Majlis Pengurusan Komuniti sebagai struktur baharu yang akannmenggabungkan kepimpinan kampung, JKK serta golongan belia dalam terasnmanifesto kempen.

nn

“Mereka (belia) mahu didengari. Merekanmahu tahu apa perancangan pemimpin kampung. Suara mereka perlu diangkat,”nkatanya sambil menegaskan bahawa peranan belia bukan lagi sekadar pemerhati,ntetapi pembuat keputusan bersama dalam pengurusan komuniti.

nn

Beliau berkata demikian ketika ditemuinmedia selepas sesi walkabout di CKS Menggatal, pada Selasa.

nn

Razali turut mencadangkan pembinaannYouth Hub di setiap kampung sebagai ruang rekreasi sihat dan selamat untuk anaknmuda.

nn

Katanya, belia memerlukan satu pusatnyang terarah dan membina, bukan sekadar tempat untuk melepak tanpa hala tuju.

nn

Mengulas keutamaan pertama jika diberinmandat, Razali yang juga Setiausaha Eksekutif GRS berkata, beliau akannmembentuk pasukan pakar untuk menjalankan sesi brainstorming demi merangkansistem pengurusan kampung yang baharu dan lebih efektif.

nn

“Kita kena buat secara baharu, bukannlagi cara konvensional. Semua pembangunan mesti berasaskan dasar tersusun,ndirekodkan dan disusun untuk tempoh lima tahun,” jelasnya.

nn

Beliau menambah bahawa semua mesyuaratnMajlis Pengurusan Komuniti akan dipengerusikan sendiri olehnya bagi memastikannkomunikasi telus, keputusan berdasarkan konsensus, serta pelaksanaan yangnberdisiplin.

nn

Razali turut menegaskan bahawa setiapnperancangan pembangunan akan disertakan KPI, laporan tahunan dan ‘report card’nyang akan dibentangkan kepada masyarakat secara terbuka. Langkah ini, katanya,npenting bagi memastikan kebertanggungjawaban dan ketelusan sepanjang penggalnperkhidmatan.

nn

Mengenai perkembangan kempen, Razalinmenyatakan bahawa beliau menerima respons yang sangat positif daripada rakyatnDarau, khususnya golongan belia yang menyambut baik pendekatan politik matangndan berpaksikan idea.

nn

“Kita bercakap tentang tawaran spesifiknuntuk Darau, bukan retorik. Belia semakin percaya bahawa mereka memerlukannpemimpin yang ada visi dan minda yang membawa mereka ke depan,” katanya.

nn

Razali turut menegaskan pentingnyankesinambungan dasar di bawah kerangka Sabah Maju Jaya (SMJ).

nn

Beliau berkata, sikap “tukar kerajaannsetiap pilihan raya” hanya merencatkan pembangunan dan menyebabkan banyak dasarnterbatal sebelum sempat memberi kesan kepada rakyat.

nn

“Kita mahu kestabilan politik. Kalauntukar-tukar kerajaan, polisi terbatal. Sayang. Kita perlu kesinambungan,”ntegasnya.