Jamawi janji suarakan isu Sabah di Kongres Parti Keadilan

 

KOTA KINABALU:nDatuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabahn(MAFFI), mengesahkan beliau akan menghadiri Kongres Parti Keadilan di Melakandan menyatakan komitmennya untuk membawa isu-isu pembangunan negeri Sabah kenperingkat nasional.

nn

Datuk Jamawinmenegaskan bahawa penglibatan beliau dalam kongres itu bertujuan memastikannkepentingan rakyat Sabah, khususnya petani, nelayan dan pengusaha industrinmakanan, tidak terabai dalam perbincangan politik pusat.

nn

“Mudah-mudahanndengan pelantikan ini saya akan dapat suarakan isu-isu berkenaan dengan agihannperuntukan, berkenaan dengan pembelaan masyarakat petani, peternak nelayanndalam senario politik yang bukan berteraskan kepada kebiasaan sebagai penjawatnawam,” katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas Majlis Amanat YB DatuknHaji Jamawi Jaafar Menteri Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri MakanannSabah dan Sambutan Tahun Baharu 2026 di Dewan Wisma Pertanian Sabah, hari ini.

nn

Beliau turutnberkongsi beberapa inisiatif kementeriannya pada tahun 2026, termasuk programnKebun Dapur, pengukuhan food security, serta pendekatan lebih agresif dalamnpenguatkuasaan terhadap aktiviti pukat haram dan bom ikan di pesisir pantainSabah. Menurut beliau, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha menyokongnekonomi masyarakat luar bandar dan generasi muda dalam sektor pertanian,nperikanan dan industri makanan.

nn

“kita akanntumpukan untuk kerjasama semua agensi ini di peringkat federal dan juga negerinmenjadi satu pasukan untuk meningkatkan SSL negeri Sabah,” tambahnya.

nn

Kongres yangndijadual berlangsung di Melaka itu diharapkan menjadi platform baginpemimpin-pemimpin negeri membawa isu pembangunan tempatan ke peringkatnnasional, termasuk strategi meningkatkan sumbangan sektor pertanian dalam SMJn2.0 yang bakal dilancarkan 31 januari 2026.