nn
KOTA KINABALU: Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (GagasannRakyat) komited memperkukuh peranan sebagai barisan hadapan membantu rakyatndengan memberi tumpuan kepada penyelesaian isu asas termasuk bekalan air,nelektrik dan jalan raya di negeri ini.
nn
Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Azrul Ibrahim berkata,ngerak kerja sayap parti itu akan terus diperkasa melalui pendekatan turunnpadang serta pemantauan berterusan bagi memastikan pelaksanaan pembangunannbenar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
nn
Menurutnya, kejayaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalamnPilihan Raya Umum Sabah (PRU Sabah) lalu membuktikan kekuatan jentera pemudanyang bergerak secara tersusun dan dekat dengan masyarakat.
nn
“Dengan semangat kebersamaan serta fokus kepada agendanrakyat, kita yakin Pemuda Gagasan Rakyat mampu memainkan peranan strategikndalam memperkukuh kepimpinan parti dan memastikan pembangunan negeri dapatndirasai rakyat,” katanya.
nn
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan MesyuaratnPemuda Gagasan Rakyat di Pejabat Parti Gagasan Rakyat Alamesra, di sini, harinini.
nn
Azrul berkata, pendekatan pemuda parti kini lebih tertumpunkepada sesi libat urus dan pemantauan di lapangan bagi memastikan isu dinperingkat akar umbi dapat disampaikan terus kepada kerajaan untuk tindakannlanjut.
nn
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Pemuda GagasannRakyat turut menubuhkan Sekretariat GAHMUDA (Gagah Muda) sebagai pasukannsukarelawan belia yang terbuka kepada semua golongan muda termasuk bukan ahlinparti.
nn
Katanya, GAHMUDA akan menjadi barisan hadapan membantunmasyarakat ketika berdepan situasi kecemasan seperti banjir, kebakaran sertanmembantu keperluan komuniti termasuk urusan pengurusan jenazah.
nn
Pada masa sama, Azrul menegaskan Pemuda Gagasan Rakyatnmenyokong pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang menjadi fasanbaharu pembangunan negeri dengan penekanan kepada pengukuhan asas ekonomi dannkesejahteraan rakyat di bandar serta luar bandar.
nn
Beliau turut menegaskan komitmen parti untuk terusnmempertahankan hak Sabah seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dannPerjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain memastikan tadbir urus negerindilaksanakan secara adil, telus dan bertanggungjawab.
.jpeg)