KOTA KINABALU: Kerajaan Sabahnmemberi bayangan agenda pendidikan percuma di negeri ini tidak akan terhadnkepada institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri pada masa akanndatang.
nn
Ketua Setiausaha Politik kepadanKetua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim berkata, pendidikan percuma berpotensindiperluaskan ke sekolah di bawah pentadbiran negeri termasuk sekolah menengahnagama negeri dalam tempoh lima tahun akan datang.
nn
Katanya, pelaksanaan pendidikannpercuma yang menjadi sebahagian manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketikanini memberi keutamaan kepada IPT milik kerajaan negeri sebagai fasa permulaan.
nn
“Kerajaan negeri mempunyainaspirasi untuk memperluaskan manfaat itu kepada institusi pendidikan lain dinbawah bidang kuasa negeri.
nn
“Setakat ini kita mulakan dengannIPT milik kerajaan negeri, tetapi sasaran seterusnya ialah sekolah-sekolahnmilik negeri termasuk sekolah menengah agama negeri, dan ini kita lihat sebagainsatu pelaburan jangka panjang untuk rakyat Sabah,” katanya.
nn
Beliau berkata demikian ketikanditemui media pada sidang media hala tuju pelaksanaan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0ndi Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
nn
Azrul berkata, keyakinan kerajaannnegeri untuk meluaskan inisiatif berkenaan didorong unjuran peningkatan hasilnnegeri yang dijangka meningkat bermula tahun ini hasil pelaksanaan agendanstrategik SMJ 2.0.
nn
Menurutnya, Sabah menyasarkannhasil negeri mencecah RM10 bilion menjelang 2030 berbanding kutipan semasansekitar RM7 bilion.
nn
“Pertambahan hampir RM3 bilionnberbanding kutipan semasa itu realistik mengambil kira perkembangan sektornminyak dan gas, potensi penerokaan sumber mineral serta kestabilan politik yangnada ketika ini,” katanya.
nn
Beliau berkata, peningkatan hasilnitu akan memberi ruang kepada kerajaan negeri memperkukuh pelaburan dalamnsektor pendidikan sebagai asas pembangunan modal insan Sabah.
nn
“Hasrat kerajaan negeri ialahnmemastikan pendidikan berkualiti dapat diakses secara lebih menyeluruh tanpanmembebankan rakyat, dan pendidikan percuma ini antara komitmen penting ke arahnitu.
nn
“Langkah berkenaan selari dengannmatlamat SMJ 2.0 yang menekankan pembangunan mampan, kesejahteraan rakyat sertanmasa depan generasi muda Sabah,” katanya.
