SPRM Sabah tahan tiga lelaki, sita 10 kontena ayam sejuk beku dari China

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menyita 10 kontena import ayam sejuk beku secara tidak sah dari China ke Sabah yang disyaki merasuah pegawai pihak berkuasa di sebuah pelabuhan, di sini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Abd Halim Aman berkata, operasi (Op Chick) yang dilaksanakan oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) itu turut membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kontena berkenaan dipercayai diisytihar secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.

“Berdasarkan siasatan awal, kontena-kontena yang berisi ayam sejuk beku berkenaan telah diisytihar secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.

“Susulan operasi ini, SPRM telah menahan tiga lelaki lingkungan usia 30-an hingga 50-an yang berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat.

“SPRM juga kini sedang mengenal pasti individu-individu yang terlibat

Beliau memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.