![]() |
| Lapannlelaki ditahan tengah malam tadi susulan pergaduhan di Bazar Ramadan Sabindo,nTawau petang semalam. Foto | PDRM. |
TAWAU: Tindakan pantas polisnmenahan lapan lelaki termasuk seorang warga asing berjaya menyelesaikan kesnpergaduhan yang tular di Bazar Ramadan Sabindo di sini, petang kelmarin.
nn
Ketua Polis Daerah Tawau, AsistennKomisioner Jasmin Hussin, berkata tiga lagi individu ditahan malam tadinmenjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini lapan orang.
nn
Beliau berkata, semua suspeknmembabitkan tujuh lelaki tempatan dan seorang warga asing berusia antara 17nhingga 34 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar daerah ini.
nn
“Tangkapan dibuat susulan laporannpolis pada jam 8.37 malam oleh seorang pegawai polis yang mengesan rakamannvideo pergaduhan yang tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan mediantengah malam tadi.
nn
ACP Jasmin berkata, polis turutnmerampas satu utas rantai motosikal yang dipercayai digunakan dalam pergaduhannberkenaan.
nn
Menurut beliau, siasatan awalnmendapati pergaduhan berpunca daripada rasa tidak puas hati antara dua kumpulannyang terbabit.
nn
Kes disiasat mengikut Seksyen 148nKanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun ataundenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
nn
“Semua suspek kini ditahan dinlokap IPD Tawau dan polis akan memohon perintah reman selama empat hari dinmahkamah esok bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
nn
Polis juga masih menjalankannsiasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta mengesan individunlain yang mungkin terbabit dalam pergaduhan itu.
%20(1).png)