Lebih 2,000 Peserta Sertai Rancakkan MADANI Sabah

 

KOTA KINABALU:  AkademinKenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Perdana Menteri berjaya menghimpunkan lebihn2,000 peserta daripada pelbagai latar belakang sempena Program Rancakkan MADANInSabah.

nn

Yang Dipertua Pertubuhan Islam SeluruhnSabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad berkata, rakyat Sabah telah lamanmenghayati semangat MADANI melalui kehidupan masyarakat majmuk yang harmoni dannsaling menghormati antara satu sama lain.

nn

“Kepelbagaian suku kaum, agama, budayandan bahasa di Sabah adalah aset besar yang menyumbang kepada keharmonian sertankekuatan perpaduan. 

nn

“Inilah nilai yang menjadi rohnkepada gagasan MADANI iaitu perpaduan dalam kepelbagaian yang membentuk jatindiri bangsa,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut pada Ahad.

nn

Menurut beliau, konsep MADANI bukannsesuatu yang asing bagi rakyat Sabah kerana keharmonian di negeri ini telahnlama menjadi teladan kepada seluruh Malaysia.

nn

“Kajian linguistik menunjukkan Sabahnmemiliki 34 suku kaum dan 54 dialek, namun masyarakatnya hidup dalam suasanansaling menghormati dan berkasih sayang tanpa mengira agama atau kaum. 

nn

“Inilah semangat sebenar MADANI,nmasyarakat yang beradab, bersatu dan memuliakan perbezaan,” tambahnya.

nn

Sementara itu, peserta program yangnjuga pelajar Universiti UNITAR, CristinanHeartday menjelaskan penyertaannya dalam program berkenaan memberininspirasi baharu kepada golongan muda untuk memahami nilai-nilai MADANI dengannlebih mendalam.  

nn

“Saya rasa teruja kerana pertama kalinmenyertai program seperti ini. Ia membuka minda tentang makna sebenar MADANIndan wajar diteruskan supaya lebih ramai pelajar IPTA serta IPTS turutnterlibat,” ujarnya.

nn

Seorang lagi peserta, pelajar InstitutnPendidikan Guru Kampus Kent, Mohamad Firdaus Mohd Sidek berkata, pelaksanaannprogram di Sabah memberi impak positif terhadap pembentukan sahsiahnbelia.  

nn

“Kem Generasi MADANI membantu membentuknkarakter yang lebih beradab dan berfikiran matang. Selain itu, ia juga membukanruang kepada masyarakat untuk saling membantu terutama dalam menyantuningolongan memerlukan,” jelasnya.

nn

Penganjuran Rancakkan MADANI Sabahnsekali lagi menegaskan bahawa semangat MADANI bukan sekadar slogan, sebaliknyannadi yang telah lama berdenyut dalam kehidupan rakyat Sabah yang menjadikannkepelbagaian sebagai sumber kekuatan, dan perpaduan sebagai asas kemajuannnegara

nn

Program tersebut menjadi wadah pentingndalam memperkukuh kefahaman serta penghayatan terhadap gagasan Malaysia MADANInyang menekankan nilai kemanusiaan, kesejahteraan dan tanggungjawab sosial,nselaras aspirasi membina masyarakat bersatu serta negara makmur.