n
nKOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan terdapat seorang murid tahun dua sebuah sekolah rendah disahkan positif Covid-19 pada Isnin.
Rakan sekelas dan keluarga pesakit juga telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin.
n
nPengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kesemua kontak kepada murid sekolah itu telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.
n
nPada Isnin, terdapat mesej tular di media sosial menyatakan terdapat murid sebuah sekolah di Inanam dikesan positif Covid-19.
n
nKedua-dua murid itu dikesan positif apabila mereka mendapatkan rawatan kesihatan di klinik kesihatan berhampiran.
n
nDifahamkan JKNS turut mengadakan ujian Covid-19 ke atas 37 orang lagi rakan sekelas murid berkenaan serta kepada ibu bapa dan lapan guru yang merupakan kontak kepada kedua-dua pesakit.
n
nAtas sebab itu, Christina mengingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mereka mempunyai gejala demam. Sebaliknya, bawa anak-anak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.
n
nDalam pada itu, beliau mengingatkan pelajar mematuhi penjarakan sosial dan memakai pelitup muka serta rajin mencuci tangan dengan sabun. – Borneo Today
