![]() |
| CETAK: Peralatan pencetakan iklan yang terdapat di kedai FF Shop. |
KOTA KINABALU: Usahawan di negeri ini amat berharap kerajaan Persekutuan dapat meneruskan pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Langkah itu bukan sahaja membantu para penerima terutama usahawan tempatan untuk meneruskan perniagaan sedia ada malah ia memberi manfaat kepada golongan pekerja.
![]() |
| ISMA |
Bagi Isma Mathius Matius yang juga pekerja di FF Shop, bantuan kerajaan melalui Program PENJANA Kerjaya PERKESO membantu meringankan bebanan majikan untuk membayar gaji pekerja.
Menurutnya, usaha kerajaan itu perlu dipuji memandangkan dalam situasi sukar berikutan pandemik COVID-19, ramai peniaga khususnya dalam kalangan usahawan kecil dan sederhana terjejas.
“Sebagai syarikat membuat iklan, pelaksanaan Perintah Kawalan Perniagaan (PKP) sememangnya memberi kesan kepada perniagaan yang dijalankan.
“Justeru, bantuan yang disediakan ini bertepatan pada waktunya dan majikan dapat meneruskan pembayaran gaji pekerja tanpa ada halangan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Syarikat FF Shop yang beroperasi di Tawau me-ngendalikan perkhidmatan pengiklanan dan antara penerima bantuan PENJANA menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
![]() |
| PREMIS: Keadaan premis FF Shop yang mengendalikan perniagaan pengiklanan. |
![]() |
| IKLAN: FF Shop menawarkan perkhidmatan pengiklanan di Tawau. |
Sementara itu, Pengurus One Stop Duty Free Sdn Bhd Kong Ken Fong berkata, bantuan PENJANA disediakan untuk operasi kedainya di Labuan.
Katanya, seramai 30 pekerja syarikat menerima manfaat hasil daripada bantuan PENJANA di bawah Program PENJANA Kerjaya PERKESO.
Beliau berkata, usaha itu membuktikan keprihatinan kerajaan Persekutuan untuk membantu golongan peniaga Perindustrian Kecil dan Se-derhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19.
Pihaknya juga berharap program PENJANA ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar membawa lebih banyak manfaat kepada usahawan tempatan.
Syarikat One Stop Duty Free beroperasi sejak 10 tahun lepas dengan mengendalikan perniagaan barangan bebas cukai.
PENJANA perlu diteruskan sehingga keadaan pulih
![]() |
| ANWAR |
PELAN Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diperkenalkan kerajaan sebagai langkah menangani cabaran COVID-19 perlu diteruskan sehingga keadaan pulih, kata pengarah sebuah syarikat.




