KOTA MARUDU : Program Sukan Rakyat sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat, komuniti MADANI serta peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di Padang Kg. Tagaroh, pada Isnin.
Program Sukan Rakyat yang diadakan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat, komuniti MADANI serta peserta konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG).
Program yang mengetengahkan permainan tradisional seperti tarik tali, terompah kaki gergasi dan batu bata batang itu menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan peserta.
Kehadiran peserta konvoi KMJG turut menghidupkan suasana patriotik, sekali gus memperluas mesej bahawa sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah diraikan bersama oleh seluruh komuniti.
Selain menjadi platform mengeratkan hubungan melalui semangat kesukanan, penganjuran Sukan Rakyat berkenaan turut diharap dapat terus diperkasakan sebagai wadah menyatukan masyarakat di samping memelihara dan menghidupkan semula permainan tradisional yang semakin dilupakan.
Terdahulu, program dimulakan dengan upacara penanaman pokok bunga raya sebagai simbolik kecintaan terhadap negara serta lambang penyatuan rakyat.Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Maijol Mahap, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor dan rombongan konvoi KMJG.