Kota Kinabalu: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 melanda perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 4.9 darjah Utara dan 118.7 darjah Timur, kira-kira 48 kilometer (km) timur dari Lahad Datu.
Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10km.
Gegaran dilaporkan dirasai di sekitar kawasan Pantai Timur Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan susulan kejadian gempa bumi berkenaan.
Orang ramai dinasihatkan supaya kekal tenang dan mendapatkan maklumat terkini daripada sumber rasmi MetMalaysia.