Pelajar IPT Positif Covid-19 di Kota Kinabalu

n

n
nSATU pertambahan kes di Sabah iaitu di Daerah Kota Kinabalu (Mukim Pantai) merupakan Pelajar Institut Pengajian Tempatan yang telah disaring dan diambil  sampel berdasarkan SOP Pengurusan Pergerakan Pelajar baru-baru ini.
n
nDalam kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (12 Mei 2020), Datuk Dr. Christina Rundi menjelaskan seramai 7,000 pelajar dianggarkan akan kembali ke tempat asal masing-masing dan bagi Negeri Sabah, bermaksud pergerakan besar-besaran pelajar tersebut dari Zon Merah ke Zon Hijau dan Kuning.
n
nHasil pemantauan perintah pengawasan dan pemerhatian Home Quarantine, Dr. Christina mendedahkan tiga orang telah didapati mengingkari perintah yang diwajibkan ke atas mereka. Kes tersebut masing-masing seorang pelajar IPT di Tawau dan dua orang awam di Penampang dan Sandakan.
n
n”Pihak JKNS tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang ingkar perintah” Katanya.
n
nPelajar IPT menjadi bualan utama rakyat Sabah berikutan peningkatan mendadak Kes Covid-19 dua hari lepas. Dengan pertambahan satu kes di Kota Kinabalu semalam, jumlah Kes Positif melibatkan Pelajar IPT ialah seramai 3 orang.
n
nJKNS dalam masa yang sama turut menyarankan agar ahli keluarga untuk memberikan sokongan moral sepanjang menjalankan tempoh kuarantin kepada semua yang diberikan arahan tersebut. – Sabah Info
n
nUPDATE Semasa Setakat 12 Mei 2020:n
n
nn
nnn KENYATAAN Penuh PKN Sabah:
n
n