Polis tahan lelaki bersama syabu di Batu 4 Jalan Apas

 

nn

TAWAU: Tindakan mencurigakannseorang lelaki membawa kepada penahanannya bersama dadah disyaki syabu dalamnrondaan cegah jenayah di Batu 4, Jalan Apas, di sini semalam.

nn

Ketua Polis Daerah Tawau, AsistennKomisioner Polis Jasmin Hussin berkata, kejadian kira-kira jam 12.20 tengahnhari itu melibatkan sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) bersama UnitnRondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang sedangnmenjalankan rondaan.

nn

Menurutnya, dua lelaki tempatannditahan selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

nn

“Suspek pertama berusia 30 tahunndilihat gelisah sebaik anggota polis memperkenalkan diri sebelum pemeriksaannlanjut dilakukan.

nn

“Hasil pemeriksaan, suspeknmenyerahkan satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan ketulan hablur jernihndisyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 12.58 gram,” katanyandalam kenyataan hari ini.

nn

Beliau berkata, ujian saringannair kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine.

nn

“Kes disiasat di bawah Seksyenn39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

nn

Dalam kejadian sama, seorang laginlelaki berusia 26 tahun turut ditahan kerana disyaki terlibat dalamnpenyalahgunaan dadah.

nn

Bagaimanapun, katanya,npemeriksaan fizikal tidak menemui sebarang bahan terlarang ke atas suspeknkedua.

nn

“Suspek kemudian dibawa kenBahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Tawau untuk ujiannsaringan air kencing, namun keputusan adalah negatif sebelum dia dibebaskan,” jelasnya.n

nn

Jasmin menegaskan pihak polisnakan terus mempergiat rondaan cegah jenayah terutama di kawasan ‘hotspot’ baginmengekang aktiviti jenayah dan penyalahgunaan dadah.

nn

“Orang ramai dinasihatkan supayanmenjauhi aktiviti dadah kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,”nkatanya.