Perkhidmatan Sabah Smart Parking kembali pulih, pengguna boleh buat pembayaran semula

KOTA KINABALU: Perkhidmatan aplikasi Sabah Smart Parking kini kembali pulih sepenuhnya dan boleh digunakan seperti biasa selepas mengalami gangguan sebelum ini.

Sabah Smart Parking dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna kini boleh meneruskan urusan pembayaran parkir menggunakan aplikasi berkenaan tanpa sebarang gangguan.

Katanya, pengguna yang memerlukan bantuan lanjut boleh menghubungi pihak pengurusan menerusi saluran khidmat pelanggan yang disediakan.

“Terima kasih atas kesabaran, sokongan dan kerjasama anda sepanjang tempoh gangguan perkhidmatan ini. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku” katanya.