KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II Sabah, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET), Datuk Ewon Benedick, bersama rombongan di pejabatnya.
Masidi yang juga Menteri Kewangan menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut yang menjadi platform perbincangan bagi memperkukuh sektor perindustrian dan pembangunan di negeri ini.