SEMPORNA: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Semporna mengisytiharkan bencana kebakaran di daerah itu berkuat kuasa jam 3 petang, hari ini.
Pegawai Daerah Semporna merangkap Pengerusi JPBD, Mas Syazwan Masood berkata, berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi di bawah jawatankuasa berkenaan.
“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana kebakaran di Semporna pada 14 Oktober 2026, pukul tiga petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu disediakan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah.