KOTA KINABALU: Sandakan dan Kinabatangan antara kawasan di Sabah yang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan lain yang turut terjejas ialah Labuk dan Sugut serta Telupid.
Amaran yang melibatkan cuaca buruk itu dikeluarkan pada jam 9.35 pagi tadi.