Gempa bumi lemah 3.7 magnitud gegar Borneo

SANDAKAN: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku di Borneo pada jam 10.30 malam tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata pusat gempa bumi itu terletak pada koordinat 6.6 darjah Utara dan 118.3 darjah Timur.

Menurutnya, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 392 kilometer dan berada kira-kira 88 kilometer di utara Sandakan, Sabah.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

MetMalaysia memaklumkan gempa bumi berkenaan adalah gempa lemah dan tiada ancaman tsunami dilaporkan susulan kejadian itu.