KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berangkat ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke- 273.
Pesawat rasmi yang membawa Tun Musa berlepas melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 10.55 pagi, Sabtu.
Hadir mengiringi Tun Musa dan rombongan di lapangan terbang ialah Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar.