UMS bantu BAKAT jana pendapatan menerusi projek madu kelulut

SANDAKAN: Projek keusahawanan madu kelulut hasilkerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi Program Ekonomi MADANI berjaya membantu ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) di Kem Sri Kinabatangan menjanapendapatan sekitar RM3,000.

Pendapatan itu diperoleh menerusi penjualan madu kelulutasli, sabun wajah, sabun skrap dan gubahan produk madukelulut yang mendapat sambutan menggalakkan.

Projek fasa kedua yang berlangsung selama enam bulansehingga September 2026 itu melibatkan pemasangan 40 log kelulut di Taman Madu Meloponini 22 Rejimen Askar MelayuDiraja (22 RAMD) Kem Sri Kinabatangan yang siapsepenuhnya pada Jun 2026.

Projek tersebut diselaraskan oleh Pusat Kelestarian LibatsamaMasyarakat (PKLM), UMS melalui Fakulti Pertanian Lestari (FPL) UMS dan diketuai oleh Dr. Salumiah Mijin.

Menurut Salumiah, seramai 30 peserta BAKAT mengikutikursus berkaitan prinsip asas penternakan kelulut, penyediaandan pengurusan ladang, khasiat serta penuaian madu, selainlatihan praktikal pemprosesan produk dan pembuatan sabunberasaskan ibu roti, madu dan propolis.

“Projek tersebut bertujuan memindahkan ilmu dan kemahiranpenternakan kelulut kepada komuniti, di sampingmengembangkan pengetahuan tentang produk hiliran sertamemupuk budaya keusahawanan dalam kalangan peserta.

“Tuaian kedua dijangka dilaksanakan pada Disember 2026 dengan sasaran pendapatan sehingga RM5,000 menerusipenjualan madu kelulut dan pelbagai produk baharu,” jelasnya.

Pasukan penyelidik projek tersebut terdiri daripada ProfesorDr. Suzan Benedick @ Sarah Abdullah, Dr. Dk. NorhajijahAk. Mohiddin dan Profesor Dr. Abdul Hamid Ahmad.

Selain itu projek tersebut turut dibantu oleh Profesor Madya Dr. Assis Kamu, Profesor Dr. Jualang @ Azlan Gansau, Dr. Robin Lim Ah Hee dan Dr. Kimberly AK Ador.

Pelaksanaan projek di pihak 22 RAMD Kem Sri Kinabatanganpula diketuai oleh Ketua Kompeni Markas kem berkenaan, Mejar Mohd Syafarisyam Abdul Azis.

Tambah Salumiah, projek itu turut menerima maklum balaspositif daripada Panglima Markas Briged Kelima InfantriMalaysia, Briged Jeneral Abdul Razak Haron semasa lawatanrasmi ke Taman Madu Meloponini 22 RAMD Kem Sri Kinabatangan pada 16 Ogos 2026.

Inisiatif tersebut diharap dapat meningkatkan pengetahuanpeserta, menggalakkan penghasilan produk inovatif yang berdaya saing serta membina ekosistem keusahawanan kelulutyang mampan demi kesejahteraan komuniti.