![]() |
| Presiden Parti Impian Sabah (PIS) selepas Majlis Amanat Presiden dan Penyampaian Watikah Calon di sini, hari ini… |
Penampang: Parti Impian Sabah (PIS) muncul parti pertama di Sabah yang menamakan kesemua 73 calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-17, sekali gus menutup spekulasi berhubung senarai akhir calon parti itu.
Presidennya, Michel Alok, berkata watikah pelantikan kepada semua calon sudah diserahkan hari ini dan menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan nama akan dibuat selepas ini.
Menurutnya, keputusan mengumumkan senarai penuh awal menunjukkan kesediaan PIS memasuki gelanggang PRU dengan lebih tersusun.
“Hari ini kita menyerahkan watikah untuk semua 73 DUN Sabah. PIS yang pertama umum 73 kerusi lengkap dan ini bermaksud tidak ada lagi perubahan calon. Inilah calon yang akan kita turunkan pada PRN Ke-17,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat Presiden dan Penyampaian Watikah Calon di sini, hari ini.
![]() |
| Kesemua 73 calon PIS yang akan bertanding pada PRU Sabah ke-17 |

