Sokongan Penjawat Awam Negeri, Persekutuan Jayakan SMJ 1.0

 

KOTA KINABALU: Sokongan penjawat awamnnegeri dan persekutuan terhadap pelan pembangunan Hala Tuju SabahnMaju Jaya (SMJ) 1.0 menghasilkan kejayaan dalam tempoh lima tahunnpelaksanaanya.

nn

Ketua Menteri, Datuk Seri PanglimanHajiji Noor berkata perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di Sabahnsecara amnya berjalan dan berfungsi dengan baik walaupun adakalanya berhadapanndengan pelbagai cabaran, tekanan serta ketidaktentuan. 

nn

“Lebih-lebih lagi di Sabah ini yangnpernah berhadapan dengan ketidakstabilan politik di samping ancaman pandemikndan cabaran-cabaran lain yang diluar kawalan kita seperti ketidaktentuannekonomi dunia, perubahan iklim atau cuaca yang boleh mempengaruhi prestasi,nperanan serta kehidupan kita seharian.

nn

“Selama lima tahun saya menakhodankerajaan negeri dengan sokongan dan dukungan para penjawat awam merupakan satunpengalaman yang luar biasa tetapi amat bermakna kepada saya. 

nn

“Semoga asas-asas kukuh berdasarkannHala Tuju SMJ 1.0 yang telah kita pacak dan kian mengukuh ini, dapat kitanlanjutkan bagi mencipta kejayaan lebih cemerlang dalam Hala Tuju SMJ 2.0 yangnsentiasa menanti untuk dilaksanakan,” kata beliau semasa merasmikannKonvensyen Penjawat Awam Sabah, pada Selasa. 

nn

Hajiji turut mengingatkan agar paranpenjawat awam sentiasa menjaga serta mengukuhkan hubungan baik dengan pimpinannkerajaan. 

nn

“Ini bagi menjamin keteguhannpentadbiran dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaanndasar-dasar Kerajaan demi kelangsungan kemajuan dan pembangunan ke arahnmembentuk negeri yang aman makmur dan rakyat yang sejahtera. 

nn

“Sebagai jentera kerajaan, penjawatnawam juga adalah tunjang dalam sistem pentadbiran sesebuah kerajaan.nBerpandukan kepada etika kerja berhemah dan berintegriti, tugas penjawat awamnialah menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat berpandukan prinsip berkhidmatnuntuk kerajaan yang memerintah.

nn

“Untuk itu, hubungan baik dannakrab antara penjawat awam dengan pimpinan Kerajaan perlu terus dipelihara danndiperkukuh,” ujarnya semasa konvensyen yang dihadiri lebih 7,000 penjawat awamnnegeri dan persekutuan itu.

nn

Hadir sama, Speaker Dewan UndangannNegeri Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Setiausaha Kerajaan NegerinDatuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah DatuknMohd Razali Wahab dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah DatuknZainuddin Aman.