KOTA KINABALU : Pelbagai inisiatifnpendidikan dilaksanakan bagi membantu anak-anak tempatan Sabah melanjutkannpelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S).
nn
Ketua Menteri Datuk Seri PanglimanHajiji Noor berkata kerajaan negeri menumpukan perhatian terhadap pembangunannmodal insan serta kesejahteraan rakyat melalui bantuan dan biasiswa pendidikan.
nn
“Saya telah perkenalkan satu lagininisiatif bantuan untuk mereka yang belajar di IPTA/S di Sabah yang mahu baliknkampung semasa Hari Raya, Kaamatan ataupun Krismas.
nn
“Bantuan sebanyak RM300 seorangndiberikan kepada pelajar di Sabah dan RM600 kepada pelajar yang menuntut dinSemenanjung Malaysia.
nn
“Saya sedar perlu ada sesuatu yangnkita buat kerana ada dalam kalangan anak-anak kita dari kampung yang masihnsusah,” katanya ketika berucap semasa Majlis Penutupan Hari Sukan dannSambutan Hari Keluarga Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) ParlimennTuaran di Dewan Seri Sulaman, pada Khamis.
nn
Beliau berkata, sebelum ini kerajaannnegeri turut meningkatkan peruntukan biasiswa kepada RM145 juta setahun.
nn
“Tahun ini sahaja seramai 12,000nlebih pelajar menerima manfaat biasiswa itu, melibatkan 2,000 pelajar Cina,n5,000 Bumiputera bukan Islam dan 5,000 Bumiputera Islam.
nn
“Ini menunjukkan kerajaan negerinberlaku adil dalam menyalurkan bantuan kepada semua kaum,” ujarnya dalamnprogram yang dihadiri 2,000 ahli UPPM Parlimen Tuaran itu.
nn
Selain itu, kerajaan negeri juganmemperuntukkan bantuan kepada pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima sebelumnmenduduki peperiksaan dengan bayaran RM200 setiap seorang.
nn
Menurut Hajiji, bantuan itu melibatkannhampir 40,000 pelajar setiap tahun dan dianggarkan 160,000 pelajar mendapatnmanfaat sepanjang pelaksanaannya.
nn
Hadir sama Pegawai Daerah, IbrahimnTerki dan Pengerusi Penganjur Murneh Lamsari.
nn
