UMS Raih Pengiktirafan Global, 15 Saintis Tersenarai 2 Peratus Teratas Dunia

 

KOTA KINABALU: Seramai 15 saintisnUniversiti Malaysia Sabah (UMS) meraih pengiktirafan antarabangsa apabilantersenarai dalam kelompok dua peratus teratas Saintis Terbaik Dunian2025.

nn

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr.nKasim Mansor berkata kejayaan itu adalah hasil usaha tanpa henti, tekad yangnkukuh serta kesungguhan warga akademik berkongsi pengetahuan dan hasilnpenyelidikan melalui penerbitan berimpak tinggi.

nn

“Pengiktirafan antarabangsa yangnditerbitkan Universiti Stanford dengan kerjasama Elsevier berasaskan analitiknsitasi merentas disiplin ini membuktikan penyelidikan UMS bukan sahajandihormati komuniti ilmiah, malah mempunyai pengaruh global yang terukur.

nn

“UMS juga mengekalkan penarafan limanbintang dalam Malaysia Research Assessment (MyRA) 2024, sekali gus menjadinpenyumbang besar kepada perkembangan dan pembangunan universiti,” katanyanketika berucap pada Majlis Anugerah Penyelidikan UMS (APUMS) 2025, pada Jumaat.

nn

Majlis itu disempurnakan oleh CanselornUMS merangkap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman yang hadir bersamanisteri, Toh Puan Faridah Tussin.

nn

Menurut Kasim, penganjuran anugerah itunbertujuan memberi penghargaan kepada penyelidik yang berjaya mengharumkan namanUMS di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

nn

Beliau berkata, UMS turut memperkukuhnjaringan global melalui beberapa kolaborasi antarabangsa seiring penekanannKementerian Pengajian Tinggi (KPT) terhadap penyelidikan boleh terjemah, TVETndan hubungan industri-komuniti.

nn

“Selain menjalin kerjasama strategikndengan syarikat antarabangsa McDermott, UMS turut bekerjasama dengannUniversitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia dan Research Institute fornHumanity and Nature (RIHN) Jepun selaras dengan peranan UMSnsebagai The Brain of Borneo.

nn

“Kolaborasi ini menyokong perkongsiannilmu dan penyelidikan yang menepati keperluan industri serta menyumbang kepadanpertumbuhan inklusif dan pembangunan berasaskan inovasi,” ujarnya.

nn

Menurut Kasim, UMS juga melancarkanntiga syarikat pemula perintis di bawah Dasar Start-Up & Spin-Off (SUSO)nbagi mempercepatkan penterjemahan dapatan makmal ke pasaran serta memupuknbudaya keusahawanan berasaskan ilmu. 

nn

“Melalui SUSO, pasukan penyelidikndibimbing dari aspek perlindungan harta intelek, pengesahan pasaran,npembangunan model perniagaan hinggalah pelaksanaan perintis. Ini memastikannpenyelidikan UMS relevan dari sudut ilmiah dan komersial,” jelasnya.

nn

Dalam majlis berkenaan, lebih 40npenyelidik menerima anugerah merangkumi pelbagai kategori, termasuk AnugerahnIkon MyRA, Anugerah Buku Terlaris dan Anugerah Jurnal Terbaik.

nn

Timbalan Naib Canselor (Akademik dannAntarabangsa), Profesor Dr. Rossita Shapawi turut menerima Anugerah Khas TunnCanselor yang disampaikan sendiri oleh Canselor UMS, Tun Musa Aman.